Jom kami bawa korang ronda-ronda Kuis!!! Yeay!!!
Haa..Ini lah pintu gerbang Kuis. Nampak biasa je kan, bukanlah seindah pintu gerbang Istana Raja, Jangan d nilai buku dari kulitnya! kerana di sebalik pagar tersebut, tersimpan permata harapan bangsa & negara & infrastruktur yang akan buntangkan mata antum. Rumah kecil di tengah tu mestilah rumah pahlawan beruniform Kuis yang akan mengawal kenderaan keluar dan masuk, Encik Guard di Kuis sangat peka dengan keselamatan pelajar, jadi kereta asing tak boleh sesuka suki je masuk tau. Tepat Jam 11.00 malam, pelajar tidak boleh keluar masuk kerana bimbang dengan keselamatan pelajar. Yang paling best, pelajar tak akan lepas pagar ini, kalau berpakaian tidak menepati syariat Islam. Masak la kena tazkirah dengan Encik Guard.
Pasal pintu gerbang pun dah berjela, hehe, jangan marah. Jom masuk ke dalam pula!
Masuk je, akan nampak Pondok Polis. Lepas tu korang akan nampak Kaunter Pusat Bayaran Zakat Kuis di bahagian kiri. Boleh lah suruh mak ayah adik abang semua bayar zakat di Kuis, kerana kaunter ini terbuka untuk semua. Hasil punggutan digunakan bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu meneruskan pelajaran mereka, dan orang yang memerlukan. Kalau jadi pelajar di Kuis, kebajikan In Sya Allah terjaga,
Oh ya, belah kanan ada ATM Bank Islam. Tak perlu keluar jauh-jauh nak withdraw duit, Sebelah Encik Guard je tau. Ada bodyguard. Keluar ribu-ribu pun tak takut kena rompak. Hahaha..
*********************************************************************
Kalau cakap study kat Kuis, mesti ada yang cakap, "Mesti kau selalu jumpa Ustaz Don kan". Yelah, beliau kan salah seorang tenaga pengajar di Kuis merangkap ikon Kuis.
Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Ulama yang mula dikenali ramai melalui program TV "30 Minit Bersama Ustaz Don". Beliau sekarang telah banyak mengendalikan program-program TV yang berbentuk keagamaan seperti Qari Junior yang membuat rakaman sepenuhnya di Kuis sendiri. Tonton video kalau nak tahu apa yang Ustaz nak sampaikan!

۞ ۞
Okay, back to perjalanan kita menjejaki kuis.
*************************************************************************

Ini lah dia Tasik Kuis. Tempat kesukaan kami berlima menenangkan fikiran dan pelajar lain. Tasik Kuis agak luas, Kalau nak tahu luas mana, indah mana, kena lah datang sendiri ke Kuis k!
Sekeliling Tasik Kuis ada beberapa pondok rehat, dan juga laluan untuk joging. Memang tenang kalau lepas subuh joging keliling tasik. Feeling-feeling New Zealand je sejuk nya, Hiks.
Dah penat joging, boleh breakfast kat Cafe tepi tasik.Ada 3 cafe yang berlainan. Makanan memang tak payah cakap la, Alhamdulillah Halalan Tayyiba. Sambil makan sambil menikmati keindahan ciptaan Nya.
Nyum.. Nyum..Cafe di Kuis memang terbaik kerana menyediakan makanan Halalan Tayyiba dan harga yang ditawarkan mengikut kemampuan pelajar.
Jalan depan sikit,..
Haaa... Bulatan ini diberi nama Bulatan Antarabangsa. Nampak tak bendera dari pelbagai negara megah berkibar tu? Atau mata korang lebih fokus kepada binaan kubah yang indah seolah-olah masjid tu? Nak tahu apa sebenarnya tu, kena la sambung ikut kami ronda.
Cantik kan air pancut tu? Keliling air pancut dihiasi pula dengan rimbunan pokok buluh. Memang hijau habis. Lawa habaq hang!
Dan kami pun mengambil kesempatan merakam kenangan di bawah rimbunan buluh ni. Kalau nak elak matahari, boleh lah jalan di bawah rimbunan ni. Sejuk je tau.
************************************************************************
Rumah Allah yang mulia ini dibina di dalam Kolej ini sendiri. Menggalakkan pelajar solat berjemaah tidak kira muslimin mahupun muslimat.
Masjid Al-Azhar Kuis bukan sahaja dibanjiri oleh pelajar, orang luar juga turut membanjiri masjid yang cukup indah dan besar yang boleh memuatkan ramai jemaah. Masjid Al-Azhar Kuis tidak pernah lekang dengan program-program keagamaan, ceramah, tazkirah dan bermacam-macam lagi. Ramai ulama yang dijemput hadir menyampaikan ilmu, bukan sahaja ulama tempatan, malahan antarabangsa. Antara program yang pernah dilaksanakan di Masjid Al-Azhar Kuis :

Menuju ke blok-blok Fakulti
Barang siapa merintis jalan menuntut ilmu, maka Allah permudahkan jalan ke syurga (HR.Muslim)
First of all, tajdid niat belajar kerana Allah sebelum melangkah kaki kanan ke taman syurga, baru lah berkat gituuu. Niat belajar betul-betul, bukan niat nak mencari siapakah gerangan pemilik tulang rusuk. Rendam dalam tasik Kuis kang!
Tak semua gambar Blok Fakulti yang kami snap ye,
Bangunan blok fakulti di Kuis dilengkapi dengan kelas belajar yang selesa, luas dan berhawa dingin. Kelengkapan utiliti juga diperbaharui dan diganti baru jika terdapat utiliti yang rosak, supaya pelajar dapat berada dalam suasana belajar yang selesa.
***************************************************************************
Okay, dah masuk bab Fakulti ni, mesti ramai yang tertanya-tanya, apa je program pengajian yang ditawarkan di Kuis, macam mana yuran, mahal ke, murah ke,
Dah, jangan pening-pening sebab kami berlima dengan baik hati akan "link" kan korang semua terus ke maklumat yang lebih terperinci dan lengkap 100%. Klik SINI.

Perpustakaan Imam Al-Syafi'i
Perpustakaan dua tingkat ini mempunyai pelbagai jenis kitab. Luas dan selesa. Perpustakaan ini juga menyediakan ruang belajar bersendirian. Ruang yang disediakan menepati privasi pelajar. Dalam perpustakaan ini juga tersedia banyak mesin fotostat (layan diri). Jadi korang dengan mudah boleh fotostat maklumat dari kitab-kitab di Perpustakaan Kuis. Bukan itu sahaja, dalam perpustakaan ini juga tersedia bilik siber bagi melayari internet secara PERCUMA, dan semestinya Wifi percuma kepada pengunjung perpustakaan untuk mencari ilmu yang bermanfaat.
Apabila kamu tidak tahan menanggung lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan
Imam Syafie
Pesan kami, sila tamakkan diri anda mencari ilmu di Perpustakaan Kuis :)
*************************************************************************
Pusat Konvokesyen
Di sini lah kami bakal menerima segulung ijazah. Di dalam pusat ini juga banyak program yang telah dianjurkan oleh Kuis dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar. Baru-baru ini ada program yang melibatkan artis terkenal tanah air, Heliza Helmi, Faizal tahir, Hafiz Hamidun dan banyak lagi. Program yang dianjurkan tidak semestinya melibatkan pelajar Kuis sahaja, malah orang luar turut dialukan.
Tak pernah tahu pun Kuis banyak anjurkan program yang best-best?? Haaa... Like >>>>PAGE <<<<rasmi Kolej Universiti Islam Selangor bagi menerima update terus ke FB korang jika ada program yang best-best lagi.
**************************************************************************
Aktiviti-aktiviti Untuk Pelajar
Gerai disediakan untuk pelajar menjinakkan diri dalam dunia perniagaan dan membantu pelajar menjana pendapatan.
Aktiviti memanah di Kuis merupakan salah satu pilihan untuk kokurikulum. Namun, yang saja-saja nak join pun boleh. Tak ada halangan dalam menegakkan sunnah yang kian dilupakan ini. Menarik kan?
Kuis lengkap dengan fasiliti untuk pelajar beriadah. Bagi mahasiswi, beriadah tidak terhalang memandangkan dalam kawasan hostel lengkap dengan kawasan riadah yang selesa.
Kuis memang pilihan terbaik untuk melanjutkan pelajaran. Setelah baca blog ini, kami yakin korang mesti tak sabar nak jadi salah seorang daripada kami. Jom daftar sekarang!!!

Klik : DAFTAR SEKARANG
********************************************************************
**********************
Tiada ulasan: