Sebelum baca profil KUIS, jom tengok logo KUIS terlebih dahulu, logo kebanggaan kami. Dan setiap pelajar wajib simpan logo ni, satu, sebab bangga, kedua sebab assignment kena tepek logo ini di muka hadapan. :)

Di sebalik Logo ini juga tersimpan seribu satu rahsia yang menarik tau. Klik SINI kalau korang belum tahu, kenapa bentuk macam tu, kenapa warna tu. Dah ta payah pening, klik je.
PROFIL KUIS
Berdasarkan misi dan visi yang jelas, KUIS terus mengorak langkah ke hadapan mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah kesepaduan ilmu yang didukung adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang boleh memajukan negara di masa hadapan.
Selaras dengan itu, KUIS menawarkan bidang pengajian merestasi disiplin antaranya termasuk pengajian islam, pengajian perniagaan,perbankan islam, bahasa dan komunikasi, ICT dan multimedia dan pendidikan. KUIS juga sentiasa komited dalam memastikan setiap program ang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA ).
Dalam usaha menjadi sebuah kolej universiti yang cemerlang, KUIS terus berusaha mengekalkan persijilam MS ISO 9001 ; 2008 bagi skop pengajian dan pempelajaran ( P&P ). Selain itu, pengiktirafan status Multimedia Super Corridor ( MSC ) telah berjaya membuktikan keupayaan KUIS menyediakan khidmat pendidikan tinggi di bidang teknologi maklumat sekaligus menyumbang kepada hasrat kerajaan dalam melahirkan pekerja-pekerja bermaklumat ( k-workers ) untuk kejayaan MSC.
Menerusi jaringan akademik di dalam dan di luar negara, aspek penjanaan ilmu dan intelektual terutama melalui penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) akan terus dipertingkatkan bersesuaian dengan moto pemangkin Tradisi Ilmu.
Sejajar dengan itu juga, KUIS mensasarkan untuk menjadi sebuah ilmu bertaraf antarabangsa dan pelopor di kalangan intitusi pendidikan swasta berteraskan islam.
Moto
Pemangkin Tradisi Ilmu
Pemangkin Tradisi Ilmu
Visi
Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah.
Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah.
Misi
Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Falsafah
Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Matlamat
Membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.

LOKASI KUIS
Peta Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Tiada ulasan: